- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 74
Tangisan di hadapan Kaabah : Bab 4 - Hari pertama ‘Countdown 0 day’
- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 74
Akhirnya tanggal 8 Januari 2026 menjelma tanpa lewat dan countdown telah menjadi 0 hari pada hari ini. Aku terus memberikan kata-kata semangat kepada semua jemaah. Ada diantara mereka yang tinggal jauh dari KLIA telah pun sampai beberapa hari yang lepas manakala yang duduk berhampiran sedang dalam perjalanan ke Terminal 1, KLIA.
Ustaz Wan Solehin Farhan (Ustaz Farhan) selaku Mutawwif kumpulan kami sempat memperkenalkan diri beliau pada hari semalam (7 Januari 2026) dan jemaah menerima kehadiran beliau dengan baik dan teruja sekali.
Sekitar jam 2.09 petang aku bersama keluarga telah berada di ruang berkumpul sambil menunggu jemaah. Lokasi ini adalah berhampiran dengan McD dan laluan menghala ke Anjung Tinjau, KLIA1. Aku disapa oleh Haji Azarulizam, Khairulzaman, Yusrizal dan beberapa orang jemaah lain. Team Airport Duty masih belum sampai pada ketika ini.
Sekitar jam 2.30 petang taklimat pertama dimulakan oleh Bro Lutfi dari Team Airport Duty dan dibantu oleh Bro Syahmi, Bro Naiman, Bro Hazim dan Bro Salman. Beberapa orang ejen dan kakitangan cawangan In Saff juga turut berada di lokasi termasuk Hj Jamal Mahfuz yang merupakan Penolong Pengurus In Saff Cawangan Bangi.
Lanyard, salinan visa dan pelekat bagasi termasuk tag beg yang aku buat sendiri diedarkan kepada semua jemaah dengan bantuan isteri dan anak-anak berdasarkan pakej yang mereka ambil. Ada jemaah yang masih di dalam perjalanan namun kebanyakan nya telah sampai di lokasi pertemuan.
Jam 3.00 petang semua jemaah dibenarkan ke kaunter H (Malaysia Airlines) untuk check in bagasi masing-masing. Proses berjalan lancar dengan bantuan petugas In Saff dan juga MAHB. Kumpulan terakhir yang daftar masuk iaitu sekumpulan jemaah Wanita seramai 4 orang pada jam 3.57 petang.
Jam 4.30 petang semua jemaah serta keluarga diminta berkumpul di hadapan pintu pelepasan B untuk taklimat terakhir sebelum bergerak turun ke Imigresen. Aku mulakan taklimat sementara menunggu team Airport Duty sampai. Sedikit pesanan dari aku selaku Group Leader sebelum kami bergerak ke Balai Pelepasan.
“Tolong tinggalkan segala pangkat dan jawatan Tuan/Puan di tiang yang berada di sekitar sini dan JANGAN dibawa bersama”
Jam 5.26 petang aku dengan sebahagian kecil ahli kumpulan berada di dalam kereta api menuju ke Bangunan Satelit. Ramai juga yang telah sampai sebenarnya dan mereka sedang berehat sementara menunggu panggilan masuk ke pesawat.
Akhirnya tepat jam 6.30 petang kami dibenarkan untuk masuk ke perut pesawat. Kerusi aku di 26C, tepi tingkap dan hanya aku seorang sahaja. Alhamdulillah. Aku terus maklumkan tentang beberapa perkara di dalam group whatsapp sebelum kapal bergerak.
Penerbangan MH0156 ke Jeddah bergerak meninggalkan landasan sekitar jam 7.16 malam membawa kebanyakkan jemaah umrah yang terdiri dari pelbagai travel agency Malaysia.
Jam 7.34 malam, kru pesawat mengagihkan air mineral dan juga kacang sebagai welcoming drink sebelum makan malam dihidangkan sekitar jam 8.00 malam. Perut terasa lapar kerana tidak sempat menjamah makanan tengahari tadi. Aku memilih nasi berlaukkan kari ayam dan ia nampak sangat menyelerakan.
Selesai makan malam, aku mencuba MH Connect dan berjaya. Aku terus titipkan pesanan demi pesanan serta peringatan kepada jemaah di dalam group whatsapp sebelum kami mendarat nanti. Seperti biasa, aku asyik memandang skrin di hadapan dan hanya dapat melelapkan mata seketika sahaja. Makan berat berikutnya dihidangkan satu jam sebelum mendarat dan aku memilih nasi dan lauk ikan asam pedas.
Jam 11.14 malam waktu tempatan, penerbangan MH0156 mendarat dengan selamat di King Abduaziz International Airport, Jeddah. Tanpa berlengah, aku terus aktifkan roaming agar aku dapat update dari Ustaz Solehin Farhan, Mutawwif kami serta keluarga yang berada di tanahair. Pastinya mereka sedang tidur pada waktu ini.
Kami bergegas ke stesen keretapi yang akan membawa kami ke bangunan utama terminal untuk proses Imigresen dan sebagainya. Aku sampai di Line 11 untuk menunggu bagasi bersama-sama dengan jemaah sekitar jam 12.28 pagi.
Ada jemaah yang telah mendapat beg dan terus ke Imigresen. Seterusnya jemaah berkumpul di ruang bawah akuarium besar sehingga cukup jumlah ahli kumpulan. Alhamdulillah, Ustaz Solehin Farhan telahpun berjumpa dengan jemaah dan masih menunggu yang lain.
Kaunter Imigresen agak sesak namun kami beratur dengan penuh kesabaran. Aku dah selesai sambil menunggu jemaah lain sambil berdoa agar tiada masalah yang berlaku kepada mereka. Namun aku dikejutkan dengan berita, salah seorang jemaah ‘sangkut’ di Imigresen kerana Visa Expired. Hah, biar benar !!!
bersambung ...
** Beli Buku Tangisan dihadapan Kaabah di https://eshop.my88.biz/home-basic/tangisan-di-hadapan-kaabah/
Video penuh di Youtube

