- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 48
Tangisan di hadapan Kaabah : Bab 5 - Visa Expired – jemaah ‘sangkut’ di Imigresen
- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 48
Sebaik sahaja selesai proses Imigresen, aku terus menunggu berhampiran kaunter untuk memastikan semua Jemaah ‘lepas’ dan boleh bergerak ke ruang mengambil bagasi. Aku juga sempat mengambil beg dan tiada masalah dengan bagasi buat masa ini.
Jemaah yang telah selesai mengambil beg boleh terus keluar dan aku minta berkumpul di akuarium besar sebagaimana diminta. Tiba-tiba aku menerima panggilan dari salah seorang jemaah yang memaklumkan bahawa salah seorang ahli keluarga beliau tidak lepas semasa pemeriksaan Imigresen dengan alasan visa dah expired.
Selang beberapa ketika, salah seorang ahli kumpulan yang telah ‘lepas’ bertemu dengan aku untuk menjelaskan isu yang sedang berlaku.
Fikiran aku terus ‘memproses’ bagaimana perkara ini boleh terjadi kerana ianya nampak ‘tidak logik’.
Aku menghubungi jemaah dan minta beliau cuba beralih ke kaunter lain dan pada masa yang sama beliau maklumkan yang mereka telah bertemu dengan pegawai bertugas dipejabat dan pegawai tersebut juga mengatakan yang visa tersebut tiada masalah. Jemaah terus ke kaunter Imigresen yang lain untuk pemeriksaan semula.
Seketika kemudian, aku nampak jemaah yang ‘sangkut’ tadi keluar dari Imigresen dengan riak wajah yang gembira. Alhamdulillah, beliau disambut oleh ahli keluarga yang lain serta aku. Beliau terus mengambil bagasi yang telah tersedia di atas troli.
Kami berjalan keluar dan menuju ke akuarium besar sebagaimana dijanjikan bersama beberapa orang jemaah lain yang baru selesai mengambil bagasi. Sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kita hendaklah tenang dan cuba untuk mencari solusinya.
Dalam hal ini aku memang dari awal bersangka yang kesilapan tersebut berpunca dari pegawai yang bertugas kerana agak cuai. Mungkin beliau terbaca tempoh sah visa jemaah yang terdahulu atau kesilapan melihat tarikh. Apapun aku bersyukur kerana ujian pertama ini kami dapat dilalui dengan tenang.
** Beli Buku Tangisan dihadapan Kaabah di https://eshop.my88.biz/home-basic/tangisan-di-hadapan-kaabah/
Video penuh di Youtube

