- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 64
Tangisan di hadapan Kaabah : Bab 3 - Salam Perkenalan & Google Meet
- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 64
21 Disember 2025 aku mula dimasukkan ke dalam kumpulan whatsapp untuk trip 8 Januari hingga 19 Januari 2026 oleh petugas HQ, maka bermulalah tugasan aku sebagai Group Leader (GL). Banyak maklumat dikongsikan oleh para petugas yang berangkumi pelbagai perkara yang berkaitan. Aku mulai mengumpulkan maklumat dan study data yang ada bagi persediaan sebelum penerbangan nanti.
23 Disember 2025 aku memperkenalkan diri di whatsapp group buat pertama kali.
Assalamualaikum wbt,
Tuan/Puan/Haji dan Hajah yang saya muliakan. Mohon maaf kerana lewat memperkenalkan diri.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kerana Tuan/Puan/Haji dan Hajah bakal menjadi tetamu Allah tidak berapa lama lagi. Terima kasih juga kerana telah memilih In Saff Travel and Tours sebagai pemudahcara untuk sebuah perjalanan yang agung ini.
Saya, Azhar bin Aziz berumur 54 tahun dan menetap di Shah Alam telah diamanahkan sebagai Group Leader (GL) oleh pihak pengurusan dan mengetuai rombongan Umrah Tuan/Puan/Haji dan Hajah sekalian selama 12 hari yang bermula pada 8 Januari 2026 dan InsyaAllah akan kembali ke tanahair pada 19 Januari 2026.
Besar harapan saya, mutawwif dan seluruh pasukan operasi agar kami dapat menyantuni dan memberikan khidmat bakti terbaik kepada Tuan/Puan/Haji dan Hajah sekalian. Kita akan berkongsi ilmu dan juga amalan kebaikan serta mengeratkan ukhuwah bagaikan sebuah keluarga yang besar selama tempoh tersebut, InsyaAllah.
Semoga kisah perjalanan Umrah Tuan / Puan / Haji / Hajah pada kali ini akan menjadi satu kenangan yang abadi dan tersimpan dalam sanubari. Semoga ikatan ukhuwah akan kekal walaupun setelah kembali nanti. Salam berkenalan dari saya dan Hidup Berjasa.
Hj Azhar Bin Aziz
Shah Alam
23 Disember 2025
Begitulah mesej yang aku sampaikan tatkala memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan, petugas dan juga sahabat ejen yang berada dalam group whatsapp. Ia disambut oleh 9 tanda thumbs up serta 2 tanda love. Haji Azarulizam memberi respon salam dan ucapan terima kasih.
“Wah!! Tak ramai yang respon” getus hati aku sambil tersenyum hambar. Relax...
Aku tidak ambil kisah atas respon yang kurang memberangsangkan kerana aku pasti yang mereka memang sedang sibuk dengan urusan lain yang perlu diselesaikan sebelum berangkat.
Perkenalan ini penting bagi membina keserasian diantara Group Leader dan juga para jemaah kerana ini secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan umrah ini nanti.
Assalamualaikum Haji dan Hajah, sahabat bakal tetamu Allah sekalian. Sementara masih ada masa lagi ni, jangan lupa untuk santai-santai brisk walk keliling rumah atau dari porch ke dapur. Kalau tak ‘dayer’ juga, brisk walk dalam bilik aje pun boleh. Semoga Kita semua dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan. - 24 Disember 2025
Aku terus cuba bertegur sapa dengan jemaah dan mendapat 5 thumbs up dengan mesej tersebut serta 1 balasan dari Ummi Nadia. Whatsapp group terus sunyi dan sepi. Aku sedikit gusar namun tetap positif dengan menganggap yang jemaah masih malu-malu kucing.
25 Disember 2025, menjelang 14 hari 17 jam dan 45 minit sebelum berangkat, buat pertama kalinya aku mengeluarkan infografik countdown supaya para jemaah lebih alert. Namun hanya mendapat 4 react respon dari mereka. Aduh!!
Untuk hari-hari yang seterusnya, ahli kumpulan mulai respon dengan baik dalam group berkenaan info terkini yang dikongsikan oleh para petugas HQ dan seperti biasa aku teruskan countdown tanpa culas.
29 Disember 2025 – Dalam pada aku kemaskini info didalam group, akhirnya slot Raudhah mula dibuka sekitar jam 11.30 malam dan dengan pantas aku terus maklumkan kepada semua jemaah agar segera membuat tempahan sementara slot masih ada. Yang mana belum respon dalam group, aku terus DM mereka. Hasil persediaan awal akhirnya semua jemaah berjaya membuat tempahan pada masa dan tarikh yang telah ditentukan. Alhamdulillah.
2 Januari 2026 – sebagaimana yang telah dipilih dan dipersetujui oleh ahli, satu sesi perjumpaan secara atas talian menggunakan google meet telah berjaya diadakan pada jam 9.30 malam. Ramai jemaah hadir dan juga memberikan maklum balas yang baik terutama sekali pada sesi pertanyaan hingga kami adakan sesi yang kedua selepas itu.
Perkongsian aku lebih fokus kepada proses perjalanan yang bakal mereka lalui bermula dari hari pertama hingga kembali ke tanah air nanti. Aku juga sempat ulangkaji pelaksanaan umrah dari Miqat hingga ke Tahallul. Akhir sekali adalah sesi soal jawab tentang apa sahaja yang berkaitan hingga tamat sesi pertama. Sesi kedua untuk soal jawab telah tamat sekitar jam 11.03 malam. Alhamdulillah, maklumbalas yang baik dari jemaah.
Sebenarnya aku telah mulakan kutipan duit infaq untuk sabil, wakaf Al Quran, kerusi lipat dan juga kerusi roda seawal sebelum google meet lagi kerana aku tidak mahu menyesakkan info di dalam whatsapp group nanti. Alhamdulillah jemaah faham dan sangat membantu dalam memudahkan urusan aku.
Aku juga meminta semua wakil keluarga untuk memaklumkan senarai nama, tarikh lahir dan hubungan diantara mereka kepada aku. Ini bagi memudahkan gerak kerja yang aku rancangkan nanti.
Secara dasarnya kumpulan aku terdiri daripada 17 orang jemaah lelaki dan 27 jemaah wanita dengan yang paling muda berumur 10 tahun dan yang paling senior berumur 74 tahun.
Terdapat 4 pakej yang terlibat iaitu Pakej Premium; 1 kumpulan, Pakej Clock Tower; 2 kumpulan, Pakej Ekonomi; 4 kumpulan manakala Pakej Super Ekonomi; 7 kumpulan termasuk Group Leader. Berikut adalah senarai nama-nama jemaah dalam kumpulan aku:
- Muhd Khairulzaman
- Madzanah
- Norashima
- Norzuraidah
- Yusrizal
- Hairuniza
- Mohamad Haziq
- Fazzlina
- Nur Aqila
- Mohamad Aqil
- Siti Norfazirin
- Nur Syafuan
- Suni
- Mohd Rizuan
- Noor Shakirah
- Mohd Rizlan
- Marni
- Irnorziana
- Azarulizam
- Norhayati
- Nur Syaza Damiya
- Nurbatrisyia Umairah
- Nur Arissa Safiya
- Muhammad Hayyie
- Syaza Nurul Diana
- Siti Nadia
- Siti Nazira
- Husna
- Muhammad Izzuddin
- Muhammad Faris
- Ummi Nadia Binti
- Ahmad
- Nur Atikha
- Nur Fatihah
- Nor Azura
- Nurrul Ain
- Ezalafnie
- Siti Hajar
- Damia Qaisara
- Dahlia Marissa
- Mohammad Haikal
- Muhammad Iman Makhfuz
- Ahmad Saraimi
- Azhar Bin Aziz (GL)



