- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 115
Tangisan di hadapan Kaabah : Bab 2 - Seronok santuni jemaah
- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 115

Sejak Julai 2024, aku menjadi ejen sah dan pemudahcara bagi para jemaah yang ingin menunaikan Umrah bersama In Saff Travel and Tours Sdn Bhd. Aku cuba bantu mereka dengan sebaik mungkin bermula dari mendaftar pakej umrah, kursus percuma, tips perjalanan sehinggalah menaiki kapal terbang dan kembali semula ke tanah air.
Buat permulaan ini hampir kesemua jemaah yang berdaftar dengan aku adalah terdiri dari mereka yang aku kenal dan rapat dengan aku ataupun kawan kepada kenalan rapat. Ada juga jemaah yang kenal melalui online dan iklan berbayar yang aku buat.
Setiap kali jemaah berangkat, aku cuba pastikan akan berada di lapangan terbang bersama mereka dan juga semasa mereka kembali ke tanah air kecuali ada perkara yang tidak boleh dielakkan.
Taklimat awal akan dilakukan oleh Pasukan Airport Duty 5 jam sebelum penerbangan. Semua Jemaah akan diminta untuk hadir di lokasi yang akan ditentukan bagi mendengar taklimat tersebut. Aku akan bantu mengagihkan lanyard, stiker bagasi, salinan visa serta pek RTE keluaran In Saff Grill Sdn Bhd.
Selain daripada itu, ejen-ejen yang mendaftarkan jemaah, kakitangan cawangan dan juga rakan-rakan ejen yang lain kebiasaannya akan hadir sama di lapangan terbang dan sama-sama membantu jemaah dalam persediaan sebelum berangkat.
3 jam sebelum masa penerbangan, para jemaah akan diminta untuk menuju ke kaunter daftar masuk (‘check in’) dengan membawa beg bagasi. Pasukan Airport Duty bersama petugas lapangan terbang akan berganding bahu dan saling bantu membantu para jemaah sehingga selesai.
Taklimat akhir akan diadakan di pintu masuk pelepasan sebelum jemaah turun ke aras bawah dan terus menuju ke Imigresen. Pada taklimat ini, Group Leader akan menyampaikan pesanan dan peringatan kepada jemaah sebelum doa dibacakan bagi memohon dipermudahkan perjalanan mereka.
Sebaik sahaja jemaah masuk ke Imigresen, maka tugas kami akan selesai dan kebanyakkan dari mereka akan beransur-ansur meninggalkan lapangan terbang.
Semasa ketibaan ke tanah air pula, Pasukan Airport Duty dan juga ejen-ejen serta kakitangan cawangan akan turut berada di balai ketibaan bersama ahli keluarga jemaah untuk menyambut mereka bersama sekuntum bunga ros dan juga sebekas pulut kuning yang telah disediakan oleh pihak In Saff Travel and Tours.
Memang seronok apabila aku dapat menyantuni para jemaah kerana selain daripada dapat belajar bagaimana proses check in dan sebagainya, aku juga dapat berkongsi tips dan pengalaman perjalanan umrah sebagai panduan terakhir kepada jemaah sebelum mereka terbang ke destinasi.
Selain daripada itu, aku berharap untuk memiliki sedikit ‘saham’ ke atas perjalanan mereka walaupun aku tidak berada di sana. Semoga dengan sedikit bantuan dari aku terhadap jemaah tersebut akan di hitung oleh Allah SWT. InsyaAllah.
** Beli Buku Tangisan dihadapan Kaabah di https://eshop.my88.biz/home-basic/tangisan-di-hadapan-kaabah/
Video penuh di Youtube



