- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 1250
Panggilan 'Arafah 1444H : BAB 6 – Pengesahan Penerimaan Tawaran Dan Rayuan Mahram
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 1250
Sampai di Tabung Haji Shah Alam hampir jam 1 tengahari. Aku sedar yang pada waktu ini keadaan masih belum begitu sibuk memandangkan ada beberapa hari lagi sebelum 31 Mac iaitu tempoh tawaran ditutup.
Aku perhatikan setiap susuk tubuh mereka yang berurusan dengan pegawai TH samada hal akaun wang simpanan ataupun urusan mengerjakan haji. Boleh tahan ramainya namun para pegawai TH dapat menguruskan mereka dengan baik sekali.
Satu pasangan warga emas dihadapan kaunter telah menarik perhatian aku bilamana terdapat beberapa orang pegawai TH juga turut sama didalam perbincangan mereka. Nampak serius bercampur sedih.
Pasangan ini telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini namun keputusan pemeriksaan tidak berpihak kepada si suami. Beliau ‘sangkut’ dengan bacaan gula. Hanya isteri beliau sahaja yang lepas. Allahuakhbar.
Sedih apabila melihat mereka kerana terbayangkan ayahanda dan bonda aku. Dahlah mereka ini warga emas yang menggunakan tongkat untuk bergerak. Entah sempat lagi tak menunggu jika dipanggil pada tahun berikutnya.
Namun kita kena percaya bahawa perancangan Allah itu lebih baik. Ada hikmah atas apa yang berlaku dan semoga pakcik tadi redho dan berharap agar beliau dapat mengerjakan haji pada suatu hari nanti.
Aku menghulurkan BRRJH dan juga salinan sijil vaksin dari MySejahtera kepada pegawai TH di kaunter untuk diproses apabila tiba giliranku. Akhirnya surat pengesahan penerimaan tawaran telah dikeluarkan oleh Tabung Haji lebih kurang jam 1.33pm.
Memandangkan semua dokumen rayuan untuk isteri telah tersedia, aku terus memprosesnya dikaunter yang sama. Alhamdulillah selesai dengan pantas dan jaya sekali.
Aku terus maklumkan kepada isteri tentang rayuan tersebut. InsyaAllah jika rezeki dan dijemput Allah, tak kemana. Lagi pun aku percaya yang rayuan isteri aku akan diterima memandang kan ‘rayuan mahram’ adalah top rank bagi segala jenis rayuan. Jadi urusan aku telah pun selesai awal daripada 31 Mac 2023 dan hanya menunggu masa untuk penghantaran passport kepada pihak Tabung Haji.
Keputusan rayuan tidak dapat dijangka namun yang pastinya mestilah sebelum Hari Raya Aifilfitri. Itupun jika berjaya. Debor rasanya. Tepat sangkaan aku kerana pada petang 10 April 2023, kami menerima khabar gembira sekali lagi kerana rayuan isteri telahpun diterima. Syukur ke hadrat Mu Ya Allah.
11 April 2023, isteri ke Tabung Haji untuk pengesahan penerimaan tawaran dan seterusnya diberikan BRRJH. Aku terus memberikan tip-tip berguna sebagaimana yang aku lakukan dahulu bagi mempercepatkan proses beliau yang seterusnya.
Sharing is caring… kan?
Alhamdulillah, 12 April 2023 isteri selesai membuat pemeriksaan kesihatan di 2 buah klinik swasta di Seksyen 7 dengan keputusam yang baik, lulus dengan jayanya. Beliau terus ke Tabung Haji untuk penyerahan dokumen dan seterusnya mendapatkan surat pengesahaan tawaran haji.
Aku bersyukur kerana hasrat isteri untuk mengerjakan haji bersama aku telah pun termakmul akhirnya. Masih terbayang kan wajah isteri tatkala aku meminta beliau menangguhkannya pada tahun lepas. Maafkan abang ye. Subhanallah, kini aku rasa sangat bahagia.
Bersambung ..