
Ini adalah satu-satunya ilmu pembuatan kraftangan dari arwah nenek yang berjaya aku belajar semasa hayat beliau. Setiap kali kami balik ke Kampung Kesang Tua, Jasin; aku pasti akan duduk dihadapan nenek untuk belajar tanpa rasa jemu. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mewarisinya. Namun ilmu pembuatan tikar mengkuang tidak sempat aku belajar.
Lekar merupakan salah satu peralatan tradisional Melayu yang digunakan untuk meletakkan periuk atau kuali. Namun pada masa kini, lekar sering dijadikan kraftangan, barang perhiasan dan juga bekas tempat letak peralatan kecil di rumah selain daripada digunakan sebagai tempat meletak buah-bauahan. Ianya diperbuat melalui anyaman lidi kelapa.
Lekar dihasilkan melalui anyaman lidi yang dilentur dan disusun berselang-seli diantara satu sama lain mengikut susunan yang telah ditetapkan untuk membentuk corak yang dikehendaki. Ianya bermula daripada membuat tapak yang akan menentukan saiz lekar tersebut dan seterusnya menyusun lidi-lidi yang telah dipilih berdasarkan saiz lekar.
Selepas susunan dibuat, lidi tersebut perlu ditarik satu persatu bagi mengetatkan dan seterusnya membentuk Lekar yang diinginkan. Pada penghujung susunan lidi tersebut, ia perlu diikat dan dipotong supaya anyaman akan kelihatan kemas dan menarik.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lekar - Info wiki ni adalah dari saya.
Gambar pembuatan lekar DISINI.



