- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 2264
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 10 - Jadual Penerbangan
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 2264
Awal Mei 2023, Tabung Haji telah mula mengeluarkan jadual penerbangan melalui aplikasi Thijari secara berperingkat. Kami telah dimaklumkan semasa kursus tempohari bahawa penerbangan pertama atau KT01 akan berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang pada 21 Mei 2023, jam 2.05 pagi.
Whatsapp group kami kembali kecoh apabila ramai yang membuat spekulasi dan andaian yang salah. Ramai yang beranggapan bahawa sesiapa yang menghantar passport awal akan mendapat flight yang awal. Justeru ramailah yang menyesal kerana lambat menghantar passport kepada Tabung Haji. Aku hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
Ada yang takut sekiranya nama mereka akan digugurkan dari senarai bakal haji gara-gara tersilap atau tidak yakin sewaktu mendaftar atau sebagainya. Ada yang marah kerana lambat mendapat tarikh penerbangan. Walaubagaimanapun kebanyakan bakal haji menanti dengan penuh kesabaran kerana melihatnya sebagai salah satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum sampai ke bumi Mekah.
Tarikh penerbangan awal diberi secara random kepada bakal haji yang memilih untuk ke Madinah terlebih dahulu manakala yang memilih untuk ke Mekah akan terbang kemudian iaitu sekitar awal Jun. Bagi bakal haji yang memilih untuk bersama pakej (swasta), kebanyakannya akan mendapat maklumat penerbangan lebih awal dari muassasah.
Seorang demi seorang sahabat-sahabat yang aku kenali telah mendapat tarikh berlepas samada melalui Tabung Haji mahupun swasta. Berdebar dan sedikit cuak sambil menunggu kemaskini di dalam THijari. Pelbagai perkara sedang bermain difikiran aku sewaktu ini sambil bertenang dan mengemas beg kami.
Alhamdulillah, yang ditunggu telahpun tiba. Akhirnya pada 20 Mei 2023 melalui aplikasi Thijari dan juga SMS, aku dan isteri telah menerima tarikh penerbangan kami iaitu pada 4 Jun 2023 melalui nombor penerbangan KT056B dan kami perlu mendaftar masuk di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Komplek TH Sepang pada jam 9.15 pagi. Penerbangan kami dijangka sekitar jam 4 petang dengan menggunakan pesawat MH8118.
Kami juga turut menerima jadual penerbangan balik iaitu pada 20 Julai 2023, jam 2.30 pagi dari Prince Mohammed Bin Abdulaziz International Airport, Madinah dan dijangka sampai di KLIA pada 20 Julai 2023, jam 10.50 malam. Tempoh kami berada di tanah suci adalah selama 47 hari termasuk hari penerbangan.
Sebaik sahaja menerima jadual penerbangan, kami terus memaklumkan kepada seluruh sahabat, sanak saudara, pelanggan dan sesiapa jua yang berada disekeliling agar mereka maklum dengan ketiadaan kami dalam tempoh yang agak lama tersebut.
Bersambung ..