- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 53
Tangisan di hadapan Kaabah - Sekapur Sireh
- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 53

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Melangkah ke Tanah Suci bukanlah sekadar perjalanan fizikal yang merentasi benua, tetapi ia adalah sebuah perjalanan pulang ke dalam diri. Bagi kebanyakan daripada kita, debaran itu bukan hanya pada persoalan "Bagaimana cara tawaf?" tetapi lebih kepada "Layakkah aku menjadi tetamu-Nya?" dan "Bagaimana jika aku tidak mampu mengawal emosi di sana?"
Buku ketiga (3) saya ini ditulis khusus untuk anda yang sedang berperang dengan rasa gementar, bimbang, dan rindu yang bercampur baur serta perasaan yang tidak keruan. Ia Adalah sebuah perjalanan umrah terus dari KLIA ke Jeddah.
Ibadah umrah adalah ujian sabar dan syukur yang sebenar. Di sebalik ribuan manusia yang bersesak, ada satu ruang sunyi di antara kita dan Pencipta yang perlu diisi dengan ketenangan mental dan juga keikhlasan hati.
Melalui helaian ini, saya ingin mengajak anda untuk memahami bahawa ujian di Tanah Suci adalah sebahagian daripada tarbiyah (pendidikan) jiwa. Ia juga membina kekuatan sabar dan bagaimana ia kekal tenang di tengah kesesakan dan juga perbezaan budaya. Tulisan ini juga bagi mempersiapkan hati yang bersih untuk memohon keampunan tanpa rasa rendah diri yang melumpuhkan.
Anggaplah buku ini sebagai teman bicara yang memegang tangan anda, membisikkan kata semangat saat anda merasa lelah, dan mengingatkan tujuan asal anda di sana: Cinta kepada-Nya. Semoga perjalanan umrah ini menjadi titik tolak perubahan jiwa yang paling agung dalam hidup anda. Selamat berkelana mencari diri di bawah lembayung rahmat-Nya.
Terima Kasih In Saff Travel and Tours atas peluang yang diberi. Terima kasih juga kepada Ir Khairul Anuar (Pengurus Cawangan Bangi), Hj Jamal serta Ustaz Farihin selaku PIC Cawangan Bangi. Tidak lupa juga kepada sahabat ejen dan pengurus cawangan serta pasukan Airport Duty yang banyak membantu para jemaah dan juga GL.
Terima kasih tidak terhingga buat sahabat serta rakan-rakan di HPCS Sdn Bhd yang terus menyokong perjuangan saya ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri tersayang, Ustazah Hajah Rodziah Idris serta sokongan dari anak-anak, Amni Nabilah, Amna ‘Ariff dan juga Amani Qaisarah. Hidup Berjasa.
Haji Azhar Aziz
Ejen & Group Leader (GL) In Saff Travel and Tours
Rumah Bata Merah, Shah Alam
Video penuh di Youtube



