Accessibility Tools
Peringatan Penting :
Disusun dan dikemaskini oleh : Hj Azhar Aziz - Ejen dan Group Leader In Saff Travel and Tours pada 14 Oktober 2025.
Perkara yang perlu adalah :
Penting : Sekiranya jumlah pax jemaah adalah 2 orang atau 3 orang dan menempah bilik berempat, ada kemungkinan jemaah perlu upgrade ke bilik berdua atau bertiga jika tiada pairing.
Jemaah perlu berada di KLIA (Pelepasan) sekurang-kurangnya 5 jam sebelum jadual penerbangan.
Untuk Pakej Super Ekonomi / Super Jimat, hotel yang digunakan berada di kawasan Mahbas Jin iaitu 1500 meter dari masjid. Untuk berulang alik ke masjid, jemaah boleh menaiki 'Suttle bus' yang beroperasi selama 24 jam tanpa dikenakan apa-apa bayaran.
Manakala hotel untuk Pakej Ekonomi, Clock Tower dan Premium berada sekitar 150m - 450m dari Dataran Masjidil Haram.
Di Madinah, hotel yang digunakan untuk semua pakej berada dalam jarak 150m hingga 250m dari Masjid Nabawi.
Semua pakej Umrah yang disediakan oleh In Saff Travel and Tours mempunyai lawatan 2 hari 1 malam ke Taif kecuali pakej 9 hari 7 malam.
Ziarah ke Taif adalah destinasi pertama bagi pakej 12 hari 10 malam dan keatas yang masuk ke Mekah terlebih dahulu. Perjalanan dari KLIA ke Jedah dan terus menaiki bas atau keretapi laju menuju ke Taif. Jemaah akan Miqat di Qarnul Manazil semasa di dalam perjalanan dari Taif ke Mekah pada hari berikutnya.
Seterusnya jemaah akan melaksanakan Umrah Wajib pertama selepas sampai/'check in' di hotel Mekah.
Sekiranya kumpulan jemaah masuk ke Madinah terlebih dahulu, ziarah ke Taif akan dilakukan selepas tiba di Mekah dari Madinah serta selepas selesai menunaikan umrah wajib.
Program termasuk didalam pakej Umrah dengan bas yang selesa untuk jemaah. Tempat dilawati adalah yang berkaitan dengan aktiviti Haji seperti :
Selepas itu jemaah akan dibawa ke Masjid Jaaranah untuk Miqat dan kembali ke Hotel untuk persediaan membuat Umrah.
Jemaah hanya perlu membawa lanyard (kad nama) bersama salinan sijil insuran yang diberi oleh In Saff dan serahkan kepada kaunter klinik panel.
Kurus Umrah disediakan oleh In Saff Travel and Tours secara percuma dan ia diadakan secara bersemuka ataupun online setiap 2 minggu.
Jemaah boleh masuk ke Telegram yang disediakan oleh In Saff Travel and Tours melalui link ini untuk mengetahui jadual kursus.
https://t.me/kursusumrahinsafftravel
Jemaah boleh daftar kehadiran di link yang disediakan pada setiap kursus tersebut.
Jemaah boleh membeli simkad Saudi ketika sampai di balai ketibaan (selepas proses imigresen) dan petugas di kiosk Telco akan membantu pembelian. Simkad juga ada dijual di sekitar hotel jemaah. Jemaah boleh berhubung dengan Mutawwif atau Group Leader untuk bantuan.
Jemaah juga digalakkan untuk mengambil pakej 'roaming' telco masing kerana ia lebih memudahkan. Boleh bertanya ejen masing-masing untuk info lanjut.
EIGHTYEIGHT TRADING AND SUPPLY - 200403160316 (SA0001489-M)
24-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman
Seksyen U10, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan